fbpx

Piala Malaysia: JDT sedia lakar sejarah terulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI dan Amat membawa misi besar untuk mengekalkan penguasaan dalam saingan Liga Malaysia dengan menyapu bersih semua piala buat musim kedua berturut-turut.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan dipalit tekanan dalam usaha merekodkan sejarah bergelar juara ‘double quadruple’ buat kali pertama menjelang aksi final Piala Malaysia bertemu Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Sebagai rekod, JDT berjaya meraih gelaran quadruple pada tahun lalu selepas mendominasi Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super selain Piala Malaysia dan kini berada di landasan terbaik untuk melebarkan rekod tersebut.

Jika berjaya, JDT boleh dianggap pasukan terulung dalam sejarah Liga Malaysia sekali gus mengatasi kejayaan Kedah yang berbangga dengan gelaran ‘double treble’ yang dilakukan pada musim 2007 dan 2008.

Pengendali JDT, Esteban Solari menganggap rekod tersebut sebagai cabaran buat anak-anak buahnya tampil dengan aksi yang lebih positif apabila bertemu Sang Penyu nanti.

“Kami akui perlawanan esok cukup penting kerana ia membuka peluang untuk kita mencipta sejarah yang baharu. Namun, apa yang lebih mustahak adalah pemain-pemain bersedia untuk meneruskan mentaliti juara.

“Namun, harus diakui ia bukanlah aksi yang mudah kerana TFC pasukan yang semakin menunjukkan peningkatan dan kita perlu waspada dengan ancaman yang boleh mereka berikan,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, kapten JDT, Jordi Amat mengakui agak risau dengan keadaan padang yang dilihat boleh menjejaskan tempo dan corak permainan skuad Harimau Selatan nanti.

“Kita jangkakan perlawanan yang sukar tetapi apa yang lebih merisaukan adalah keadaan padang dan saya tidak begitu gembira (melihatnya).

“Jika keadaan hari perlawanan juga masih sama, mungkin kita akan atur strategi lain untuk mengelak daripada bermain di atas padang yang tidak rata,” kata pemain pertahanan Indonesia itu.

JDT memburu trofi Piala Malaysia keempat dalam sejarah selepas menang edisi 2017, 2019 dan 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI