fbpx

Pertelingkahan keluarga antara punca cukai taksiran tidak dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHADAN Othman bercakap kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 di Ayer Keroh, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Masalah kekeluargaan seperti pertelingkahan dikenal pasti menjadi antara punca berlakunya tunggakan cukai oleh pemilik harta persendirian di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, konflik yang berlaku sesama mereka menyebabkan rumah diduduki dikosongkan, lantas tiada pihak yang tampil membuat pembayaran.

Kata beliau, masalah peribadi tidak boleh dijadikan alasan kerana selagi harta tersebut adalah milik mereka maka perlu membayar cukai.

“Cukai yang tertunggak ini memang banyak dan ada yang lebih daripada 10 tahun. Kes tidak berbayar ini melibatkan rumah atau akaun-akaun yang kita telah kenal pasti mempunyai masalah kekeluargaan dan bukannya disebabkan keadaan ekonomi.

“Mungkin dia berpisah dengan keluarga dan sebagainya yang mana akhirnya dia biarkan rumah itu kosong. Jadi dia tidak membayar cukai.

“Pihak industri pun ada yang tidak bayar cukai dan memberi alasan berlaku pertukaran pengarah atau perniagaan. Benda ini mudah selagi harta itu milik mereka maka mereka perlu bayar (cukai),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 di sini, hari ini.

Tambah Shadan, setu Unit Tunggakan Hasil telah ditubuhkan tahun ini bagi mengesan pemilik harta persendirian atau syarikat yang memiliki tunggakan cukai yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI