fbpx

Penyokong yakin JDT akan bawa pulang Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIRA-KIRA 600 prnyokong JDT bersorak semangat sambil memegang replika Piala Malaysia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil ketika berlepas di Stadium Larkin, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kira-kira 600 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkonvoi dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pagi ini optimis JDT pertahan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Presiden Johor Fan Club (JFC), Azman A. Jalil berkata, JDT yang sudah memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super musim ini mampu menewaskan Terengganu FC 3-0 pada malam ini.

Bagaimanapun, dia menjangkakan pertembungan sengit itu bakal terjejas disebabkan keadaan padang yang rosak ketika ini.

“Disebabkan faktor padang yang teruk, kedua-dua pasukan dijangka tidak dapat beraksi di tahap terbaik mereka.

“Bagaimanapun, saya meletakkan kepercayaan tinggi kepada pengendali JDT, Esteban Solari mempunyai perancangan ampuh untuk mencipta kemenangan, saya yakin JDT tak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Penyokong JDT mula berkumpul di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin seawal pukul 5.30 pagi sebelum mula konvoi ke SNBJ kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Kamariah A. Kadir, 48, yang tiba seawal pukul 5.45 pagi dari Pontian turut menjangkakan skuad Harimau Selatan menang dengan jaringan tipis 2-1 menewaskan skuad Penyu.

Katanya, dia tidak pernah terlepas peluang menyaksikan perlawanan akhir membabitkan JDT baik bagi merebut Piala FA atau Piala Malaysia sejak 2014.

“Bukan sahaja aksi final, malah aksi perlawanan Liga Super ketika beraksi di tempat lawan juga saya akan pergi bersama rakan penyokong JFC.

“Oleh kerana sudah mengikuti perlawanan JDT sejak awal lagi atas dasar minat, jadi saya tak nak melepaskan peluang JDT beraksi di pentas final,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI