fbpx

Pengantin leka main ‘game’ semasa majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu bermain permainan video sambil dikelilingi tetamu. - Douyin

BEIJING – Sepasang pengantin baharu tular di media sosial China kerana bermain permainan video semasa majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Selepas pengantin lelaki tiba di sebuah hotel, pasangan suami isteri itu memulakan pertandingan permainan video dengan bermain League of Legends di dalam sebuah bilik. 

Berdasarkan rakaman kejadian, mereka dilihat berada di atas katil dan menatap komputer riba sambil dikelilingi tetamu majlis.

Pengantin perempuan, Ning berkata, suaminya meminati permainan video sejak pertama kali mereka bertemu.

Menurutnya, dia semakin mahir bermain permainan video kerana kerap berlatih dan menjadi lebih hebat daripada suaminya.  

“Semua orang tahu saya bagus, jadi mereka bergabung untuk membantunya menewaskan saya. Pemenang akan mendapat wang, jadi walaupun saya kalah, kami berdua gembira,” kata Ning.

Walaupun mendapat bantuan tetamu majlis, Ning masih berjaya mengalahkan suaminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI