fbpx

Orang Penang alami gangguan air Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zairil (kanan) mendengar penerangan daripada Pathmanathan mengenai ganguan bekalan air yang bakal dihadapi pengguna pada awal Januari tahun depan.

GEORGE TOWN – Kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari berkata, gangguan selama empat hari itu tidak dapat dielakkan bagi menampung kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Butterworth.

Menurutnya, kerja pembaikan paip tersebut melibatkan penggantian dua unit injap kawalan utama sebesar 1,200 milimeter (mm) dalam saluran paip air terawat utama dalam LRA yang bocor.

“Ini adalah operasi penyelenggaraan utama yang perlu dijalankan. Sebahagian daripada bahagian ini tidak digantikan selama 50 tahun dan memerlukan penggantian segera.

“Ia sepatutnya telah diganti setahun hingga dua tahun lalu tetapi kami tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Kami tidak ada pilihan selain melakukannya sekarang dan kami memberi notis sebulan kepada rakyat untuk membuat persiapan yang sewajarnya,”katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini hari, ini.

Antara kawasan yang akan terjejas adalah di kawasan Seberang Perai, manakala di bahagian pulau ialah Pulau Tikus, George Town, Jelutong, Gelugor, Bukit Jambul, Relau, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar dan Balik Pulau.

Namun, kawasan-kawasan seperti Air Itam, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual itu kerana kawasan tersebut mendapat bekalan air dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

Menurut Zairil, sekiranya kerja-kerja penggantian injap utama itu tidak dilaksanakan pihaknya bimbang jika terdapat mana-mana bahagian berkenaan mengalami keroskan secara tiba-tiba – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI