fbpx

MBSB Bank Putrajaya tempatkan Pusat Perbankan Komersial Wilayah Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azam (tengah) merasmikan sempena pembukaan MBSB Bank Cawangan Putrajaya di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- MBSB Bank cawangan Putrajaya yang kini berpindah ke lokasi baharu di Galleria PJH, Presint 4 di sini turut menempatkan Pusat Perbankan Komersial Wilayah Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, perpindahan ke lokasi baharu itu bertujuan memberi keselesaan dan perkhidmatan perbankan yang lebih baik kepada pelanggan khususnya komuniti setempat.

Menurut beliau, MBSB Bank di lokasi terdahulu hanya menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan runcit dengan hanya dua produk ditawarkan.

“Penubuhan Pusat Perbankan Komersial Wilayah Tengah merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberi perkhidmatan perbankan secara terus kepada para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti pembiayaan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi serta modal kerja.

“Pengusaha PKS juga boleh memohon Skim Jaminan Kerajaan (M-GGS) oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) yang menyediakan pembiayaan baharu.

“Selain itu, ia turut menyediakan pembiayaan sedia ada dan lanjutan tempoh pembiayaan serta modal kerja tambahan bagi menggiatkan semula perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan MBSB Bank Cawangan Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Azam berkata, beliau berharap pengoperasian di lokasi baharu ini bakal melonjakkan lagi prestasi MBSB Bank cawangan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI