fbpx

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrudin ketika meninjau lokasi berhampiran.

PETALING JAYA – Lokasi penemuan jasad kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin kelmarin di sekitar anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, ditutup kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Hamid berkata, tindakan itu bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan lebih terperinci.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI