fbpx

Kesan tapak kaki di Felda Bukit Aping Barat sah milik ‘pak belang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERHILITAN Johor mengesahkan kesan tapak kaki yang ditemui di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi adalah milik harimau belang.

KOTA TINGGI – Kesan tapak kaki dipercayai harimau yang tular di Felda Bukit Aping Barat di sini sah merupakan milik haiwan liar itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin memaklumkan memang berlaku kehadiran ‘pak belang’ di Felda berkenaan berdasarkan tapak ditemukan.

Katanya, siasatan dijalankan pihaknya mendapati aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan itu adalah berasas. Bagaimanapun pihaknya menjangka harimau yang berkeliaran itu kemungkinan sudah kembali ke habitat asal.

“Berdasarkan siasatan, kawasan penemuan tapak harimau berkenaan adalah kira-kira empat kilometer daripada hutan simpan.

“Harimau berkenaan belum ditemukan dan kemungkinan ia kembali ke habitat asalnya, bagaimanapun kita masih lagi memantau dan menjejakinya.

“Orang awam dinasihatkan agar melapor segera kepada Perhilitan sekiranya menemukan kesan kehadiran harimau dan elakkan tindakan provokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan usaha Perhilitan Johor menjalankan siasatan berkaitan isu haiwan liar yang didakwa berkeliaran di Felda Bukit Aping Barat di sini.

Siasatan dilakukan susulan laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu termasuk penemuan tapak haiwan berkenaan.

Malah sesetengah penduduk Felda berkenaan juga menyatakan kebimbangan keluarga masing-masing berikutan penemuan tapak kaki harimau didakwa tidak begitu jauh dengan penempatan penduduk.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI