fbpx

JPJ beri 1,000 topi keledar kepada pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menukar topi keledar yang diagihkan secara percuma kepada 1,000 pengunjung terawal sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). - Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan 1,000 topi keledar kepada pengunjung Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Menurut jurucakap JPJ, sepanjang program itu berlangsung sehingga Ahad ini, sebanyak 3,000 topi keledar akan diberikan percuma.

Bagaimanapun katanya, pengunjung perlu menukar topi lama mereka bagi mendapatkan topi percuma yang disediakan jabatan itu.

“Setiap hari kita sediakan 1,000 topi keledar dan sepanjang tiga hari program ini berlangsung, sebanyak 3,000 topi keledar akan diberikan.

“Setakat pukul 11 pagi tadi kira-kira 900 orang pengunjung telah mendapatkan angka giliran untuk menebus topi keledar percuma,”katanya kepada Kosmo!-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI