fbpx

Hans Isaac, anda tak layak – Akmal Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hans Isaac.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan Datuk Hans Isaac perlu menerima hakikat bahawa beliau tidak layak menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Menurut Akmal, Hans juga tidak menunjukkan sikap yang bagus untuk menerima nasihat memandangkan tanggungjawab yang diterima berada di luar bidangnya.

“Yang penting kena mendengar daripada orang-orang yang berpengalaman. Dengar nasihat dari pekerja bawahan sehingga pegawai atasan sebelum buat keputusan.

“Bukan dapat jawatan, selepas itu degil rasa diri hebat dengan jawatan yang ada. Cukuplah, Hans Isaac ‘you don’t deserve this seat’ (anda tak layak untuk jawatan ini). Ini bukan filem yang boleh berlakon hero,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab JDT mendedahkan keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan final Piala Malaysia.

Ia susulan keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.

Rentetan daripada itu, Hans Isaac selaku Pengerusi PSM menjadi sebutan orang ramai dan diminta untuk bertanggungjawab ke atas situasi berkenaan.

Bagaimanapun, semalam, PSM akhirnya membuat permohonan maaf di atas kerosakan yang berlaku kepada padang SNBJ.

“PSM memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan berentap di final Piala Malaysia, esok (hari ini).

“PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI