fbpx

EPL: Guardiola akui Man. City lalui fasa sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (tengah) yang mengetuai jentera serangan City gagal merobek gawang Villa ketika mereka tewas pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya menghadapi fasa ‘pergelutan’ untuk kekal kompetitif dalam usaha mencabar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad The Citizens kini tersungkur ke tangga keempat EPL selepas gagal meraih sebarang kemenangan pada empat perlawanan terakhir liga yang dihadapi sejak bulan lalu.

Kata Guardiola, pasukannya layak untuk ditewaskan selepas gagal menyaingi tuan rumah daripada aspek taktikal dengan barisan pemain dilihat agak bergelut dalam usaha memburu gol di tempat lawan.

“Pujian harus diberikan kepada Villa kerana mereka adalah pasukan lebih baik dan layak untuk menang. Mengenai masalah prestasi yang kami hadapi, saya sudah tekankan kepada pemain untuk tidak risau kerana ini adalah situasi normal.

“Kesilapan itu mungkin berpunca kepada saya dan sudah tentu saya perlu fikirkan strategi baharu dalam usaha melakar kemenangan pada perlawanan akan datang kerana semuanya serba tidak menjadi ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Guardiola turut menganggap Villa yang dikendalikan oleh Unai Emery antara pencabar EPL musim ini selepas mempamerkan aksi yang cukup konsisten selain dibarisi pemain berkelas dunia.

“Anda boleh lihat bagaimana pasukan itu beroperasi dengan kesebelasan utama yang cukup solid. Benteng pertahanan mereka juga bagus selain penjaga gol utama, Emiliano Martinez yang kita tahu agak hebat reputasinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI