fbpx

Enggan disamakan Alif Teega, Adam Lee buang jambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Lee kini berpenampilan tidak berjambang kerana tidak mahu disamakan dengan pensohor media kontroversi, Alif Teega yang dipanaskan isu curang dan beristeri dua.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee tampil dengan imej baru yang lebih segar selepas membuang jambang pada wajahnya.

Keputusan dibuat atas alasan tidak mahu dikatakan seiras dengan pempengaruh media sosial sensasi susulan kes poligami ketika isteri sedang hamil, iaitu Alif Teega.

“Jambang sudah buang. Dah, jangan samakan saya dengan dia (Alif) lagi,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, suami kepada aktres Sweet Qismina itu meletakkan tanda pagar ‘IniALBukanAT’yang bermaksud ‘Ini Adam Lee bukan Alif Teega’.

Sementara itu, isterinya turut berkongsi perubahan serta imej baharu Adam dalam InstaStory.

“Okey sudah jangan mesej langsung (DM) saya kata sama macam AT (Alif Teega)!

“Suami saya tiada jambang-jambang selepas ini,” ujarnya yang mempertahankan aktor terbabit.

Rata-rata komen menunjukkan netizen terhibur dengan hantaran pelakon drama Bidadari Salju itu selain mengusik supaya kelakuannya tidak sama seperti Alif Teega.

“Muka sama tidak mengapa. Janji jangan perangai sahaja,” kata pengikut.

“Tidak mengapa sama jambang. Jangan sama perangai dengan dia sudah,” seloroh netizen lagi.

Selain Adam yang kelihatan terkesan dengan imej Alif Teega, varu-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad juga ada membuat kenyataan secara berseloroh agar penampilannya yang berjambang tidak disamakan dengan  suami kepada pensohor juga ahli perniagaan Aishah Hijanah itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI