fbpx

DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berakhir hari ini untuk tahun 2023 menyaksikan Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 diluluskan.

RUU dibuat bertujuan mewujudkan suatu undang-undang khusus bagi membolehkan kerajaan memberi panduan, mengurus tadbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri itu secara berkesan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang membentangkan serta menggulungkan RUU itu berkata, pada masa ini semua perkara berhubungan dengan wasiat orang Islam di negeri tersebut tidak diperuntukan secara khusus dan terperinci.

“Selaras dengan perkembangan wasiat sebagai suatu instrumen dalam pengurusan harta umat Islam.

“Ditambah pula dengan kewujudan agensi-agensi yang menguruskan harta melalui instrumen wasiat, suatu undang-undang yang jelas, terperinci dan komprehensif perlu diwujudkan dan dikuatkuasakan dengan segera di negeri ini.

“Dengan RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 yang dicadangkan ini, masyarakat akan lebih yakin dengan pelaksanaan wasiat di negeri ini dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang sekaligus memberikan galakan kepada masyarakat untuk berwasiat,” katanya.

Semalam seramai enam orang wakil rakyat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang melibatkan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI