fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan diramalkan melibatkan beberapa tempat negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Hujan ini melibatkan beberapa tempat di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Seterusnya di kawasan pantai Perak dan kawasan pedalaman di Johor juga diramalkan hujan di satu dua tempat,” ujarnya.

Manakala di Sabah, cuaca buruk diramal melanda kawasan Pedalaman, Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Begitu juga di Sarawak, hujan tertumpu di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI