fbpx

Beli motosikal elektrik dapat rebat RM2,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (dua dari kiri) melihat motosikal elektrik pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 layak mendapat rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Saya nasihatkan rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini sekiranya berniat untuk membeli motosikal elektrik.

“Sekiranya ingin membeli, kerajaan akan sokong dengan memberi subsidi tunai,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tambahnya, sasaran pemilikan EV dan hibrid adalah sebanyak 20 peratus daripada jualan kereta baharu menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040 dan seterusnya sebanyak 80 peratus menjelang 2050.

“Perkara ini juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersihnya menjelang 2050,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI