fbpx

5 acara berlangsung serentak, ‘good luck’ siapa masuk Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh pengguna di media sosial memaparkan kesesakan lalu lintas akibat aliran trafik tinggi sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Keadaan aliran trafik di sekitar Bukit Jalil dilaporkan tinggi ekoran beberapa acara sedang berlangsung serentak bermula hari ini.

Info tersebut dimuat naik oleh Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beserta beberapa gambar kesesakan lalu lintas di akaun Facebook.

Ujarnya, antara acara yang bermula hari ini adalah Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang bermula sejak pukul 10 pagi dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

“Malam ini juga akan berlangsungnya Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang menjangkakan kehadiran lebih 85,000 penonton.

“Acara lain juga termasuklah Men’s Hockey Junior World Cup 2023 yang diadakan sejak Selasa lalu di Stadium Hoki Nasional dengan kehadiran 1,200 orang setiap hari.

“Bakal diadakan juga adalah Karnival Durian bermula esok dan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza di Axiata Arena pula akan berlangsung pada Ahad,” katanya.

Menerusi tinjauan di media sosial juga, beberapa pengguna sejak petang tadi memuat naik gambar terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat aliran trafik yang sangat tinggi.

“Elakkkanlah masuk Bukit Jalil hari ini. Tak masuk akal sampai banyak acara dan program dalam hari dan tempat yang sama,” ciap Fazreen Idham.

“Sangat tidak patut ya pengurusan stadium ini. Habis semua dia ‘taram’. Selagi boleh kaut untung. Orang nak pergi kerja balik kerja pun sangkut,” komen Nur Adibah.

“Trafik sesak dengan kenderaan sudah mula diparkir di tepi jalan. Sila patuhi arahan pihak polis yang bertugas,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI