PETALING JAYA – Sebanyak 25 lokasi termasuk Pusat Latihan Seri Gelam milik pasukan bola sepak, Johor Darul Takzim (JDT) dinaiki air baru-baru ini.
Menerusi video tular yang dikongsi @usernamezsan di aplikasi TikTok, paras air di Pusat Latihan Seri Gelam naik hingga paras buku lali, manakala di kawasan luar pula dinaiki air pada paras lutut.
“Habis sampah-sarap dari luar masuk ke dalam,” katanya.
Walaubagaimanapun, pertukaran pusat latihan JDT akan diketahui selepas pasukan tersebut selesai beraksi di pentas final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain JDT, skuad Terengganu FC (TFC) yang menjalani latihan di Pusat Latihan TFC, Gong Badak yang menjadi gelanggang rasmi skuad Penyu turut mengalami situasi sama.
Menerusi hantaran di Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan itu mengambil langkah segera melaksanakan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
@usernamezsan Banjir Di Johor,Pusat Latihan JDT Turut Terjejas. #footballedit #berandatiktok #johordarultakzim #jdt🔵🔴 #asianchampionsleague #luaskankuasamujohor #tmj ♬ original sound – <Random Edit>