fbpx

[VIDEO] Kad jemputan kahwin jangan letak nama Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syeikh Faisol (kiri) dan Ustaz Azhar menegur mengenai kad jemputan kahwin yang turut ditulis nama Allah.

PETALING JAYA – Sudah menjadi satu kebiasaan pengirim kad jemputan kahwin memulakan isi kad tersebut dengan ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.

Namun, perkara ini menimbulkan rasa kurang senang pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar apabila kalimah Allah jelas tertera di atas kad tersebut.

“Pada saya, memanglah tujuan pengirim kad itu bagus kerana memberi mukadimah dengan memberi salam dan sebagainya.

“Tetapi, kita kena ingat bahawa orang yang menerima kad jemputan ini tidak akan menyimpan sebaliknya ia akan dibuang.

“Tak pasal-pasal kita buat dosa kering dengan buang kad yang tertera nama Allah di atasnya. Oleh itu, saya menasihatkan pengantin yang lain untuk tidak meletakkan kalimah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’.,” jelasnya.

Hantaran tersebut telah dikongsi oleh @kedai_ibu_dan_anak di laman TikTok dan perkara ini turut disokong oleh pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

“Cara menghapuskan kad kahwin yang mempunyai kalimah Allah sebegitu adalah dengan menghapuskan kalimah tersebut dengan cara membakar sekalipun,” katanya.

Tambahnya, menulis kalimah tersebut di dalam rumi juga sudah memadai. – KOSMO! ONLINE

@kedai_ibu_dan_anak Sebarkan supaya lebih ramai tau 😊 #kadkahwin #kadjemputankahwin ♬ original sound – 𝑀𝑜𝓂𝓂𝓎&𝒦𝒾𝒹𝓈 𝒮𝐻𝒪𝒫✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI