fbpx

Tiga individu diburu curi tabung masjid di Manir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan tiga individu disyaki mencuri tabung sebuah masjid di Kampung Jeram, Manir pada Ahad lalu.

KUALA TERENGGANU – Tiga individu diburu kerana mencuri duit dari tabung sebuah masjid di Kampung Jeram, Manir di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, siasatan awal percaya tiga suspek tersebut melakukan jenayah tersebut pada pukul 3 petang.

“Kecurian berkenaan disedari pengadu pada hari sama selepas mendapati tabung masjid berkenaan berada dalam keadaan terbuka sebelum mendapati sejumlah wang didalamnya telah hilang.

“Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) masjid tersebut mengesahkan berlaku kecurian tersebut sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Manir di sini pada pukul 10.14 pagi, kelmarin.

“Siasatan terperinci bagi mengenal pasti dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video berdurasi empat minit menunjukkan tiga suspek disyaki mencuri duit dari dua buah peti besi di ruangan solat masjid terbabitm

Abdul Rahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI