fbpx

Seronok ‘pusing’ Ho Chi Minh, Dalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENULIS berpeluang bergambar di depan bangunan ikonik di Ho Chi Minh dan Dalat, Vietnam.

Idea asal percutian ini disuarakan oleh sahabat saya, Nor Hasyimah Haron sempena bulan kelahirannya.

Kami sepakat memilih ke Vietnam untuk percutian kali ini.

Ini merupakan kali pertama untuk kami mengembara ke negara ini dan kami memilih untuk ke bandar raya Ho Chi Minh dan juga Dalat.

Percutian ini dirancang selama enam hari dan secara kebetulan kami dapat membeli tiket penerbangan dengan harga berpatutan.

Bermula dari itu, kami membuat pembacaan untuk menyusun jadual supaya enam hari di sana dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kami mula mencari hotel yang berpatutan dan membeli tiket untuk masuk ke tempat-tempat menarik di sana melalui aplikasi Klook.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Kami membeli kad sim telefon di lapangan terbang, sebelum menaiki Grab untuk ke hotel.

Buat mereka yang pertama kali sampai di Vietnam seperti saya, anda pasti terkejut melihat keadaan jalan raya dipenuhi dengan motosikal.

Keadaan lalu lintas yang kurang teratur juga menyebabkan saya beberapa kali ‘mengelak’ walaupun berada di dalam Grab.

Ini kerana, saya dapati kenderaan terlalu rapat antara satu sama lain.

Pemandu juga gemar membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada pemilik kenderaan lain.

Makanan halal di Ho Chi Minh memang mudah jika anda tinggal di Malaysian Street.

Pada hari pertama, kami menyertai trip seharian ke Sungai Mekong dan beberapa tempat menarik.

Pakej ini kami beli daripada Amin Travel.

Kami dapat merasa pengalaman menaiki sampan menyelusuri Sungai Mekong sejauh 2 kilometer.

Agak menyeramkan bagi yang takut air seperti saya.

Pada sebelah malam, kami bergerak ke Dalat menaiki sleeper bus. Bas sangat selesa dan perjalanan mengambil masa 7 jam.

Dalat sangat nyaman, suasana sejuk di pagi hari seperti berada di Cameron Highland, Pahang.

Di Dalat, kami menggunakan Grab sahaja dan ia sangat mudah.

Pergerakan di Dalat perlu dirancang dengan teliti untuk mengelakkan pembaziran masa dan tambang Grab.

Semasa di Dalat, kami sempat melawat beberapa tempat menarik seperti Datanla Waterfall, Fairytale Land, Vien Tien Wine Cellar, Fresh

Garden, Clay Tunnel, Crazy House dan Lam Vien Square.

Antara monumen unik yang terdapat di Clay Tunnel, Dalat.

Kami juga berpeluang menaiki coaster di Datanla dan menikmati keindahan pemandangan Dalat semasa menaiki Robin Hills cable car.

Dalat sangat cantik, kiri dan kanan jalannya dipenuhi dengan bunga hydrangea yang sangat cantik. Saya cukup teruja.

Kemudian, kami kembali semua ke Ho Chi Minh menaiki sleeper bus dan melawat beberapa lagi tempat seperti Book Street, Notre Dame,

Saigon Central Post Office, City Hall, Ho Chi Minh Statue dan The Café Apartment.

Kami juga berpeluang menaiki water bus untuk melihat keindahan bangunan Landmark 81 pada waktu malam.

Selepas itu, kami sempat membeli-belah di pasar Ben Thanh dan jdi Malaysian Street.

Telekung di sini amat murah dan kami membeli-belah sehingga terlebih muatan bagasi.

Percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana sepanjang enam hari di sana semuanya berjalan baik seperti dirancang.

Vietnam adalah destinasi percutian yang sesuai untuk semua golongan dan semestinya berbaloi.

Kami pasti akan kembali lagi ke Vietnam jika ada rezeki pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI