fbpx

‘Sekujur tubuh tertiarap itu rakan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa dan motosikalnya selepas terbabit dalam kemalangan di Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH – Seorang lelaki tidak menyangka sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan dalam satu kemalangan di Kilo­meter 2, Jalan Melang-Kuala Pilah, di sini semalam, rupa-rupa­nya adalah rakannya sendiri.

Dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu, seorang pekerja kantin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan.

Mohd. Ariff Akmal Arifin, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakannya, Firdaus Khalid, 32, berkata, dia yang melalui kawasan berkenaan terkejut apabila ternampak sebuah motosikal yang masih hidup enjinnya serta lampu menyala.

Menurutnya, dia segera memakir motosikalnya di tempat yang selamat untuk melihat se­mula kejadian kerana berasa tidak sedap hati.

“Sebaik sampai nampak motosikal, saya masuk lagi ke kawasan berkenaan dan dalam jarak 10 meter, saya lihat ada sekujur tubuh dalam keadaan meniarap dan tertutup dengan jaket. Saya tak berani buka dan menunggu sehingga ambulans tiba.

“Apabila pasukan paramedik tiba dan MyKad dapat dilihat, barulah saya tahu kenalan saya ini terbabit kemalangan. Keadaan kepalanya parah dan saya juga agak takut melihatnya,” katanya.

Menurutnya, arwah merupakan anak yatim piatu dan mempunyai tiga beradik disifatkan sebagai seorang yang peramah dan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superinten­dan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggangi seorang lelaki dari rumah di Kampung Parit Istana menghala ke tempat kerja di Matrikulasi Kuala Pilah.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai motosikal tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok dan tercampak.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI