fbpx

‘Saya akan teruskan legasi bapa berkhidmat dalam ATM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Shauqi (kanan) bersama bapanya, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Mejar Jenaral Datuk Shamsudin Kassim (kiri) pada Istiadat Konvokesyen ke-13 UPNM di WTCKL hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Cita-cita seorang graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk menyambung legasi ayahnya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir menjadi kenyataan.

Ia selepas Pegawai Kadet Adam Shauqi Shamsudin berjaya menamatkan pengajian di universiti itu dan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan.

Kata anak kepada Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara Pangkalan Udara Subang, Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim ini, sejak dari kecil lagi dia mengikut karier ayahnya sebagai juruterbang dan pada masa sama menanam cita-cita untuk menjadi seperti itu.

“Apabila melihat pesawat pejuang di angkasa saya teringin nak bawa sebab saya tengok ayah dari kecil lagi. Ayah juga seorang juruterbang.

“Sejak dari kecil saya menanam cita-cita untuk menjadi seperti ayah yang berkhidmat dalam tentera (ATM), dia ibarat idola saya sehingga ke hari ini,”katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-13 UPNM di sini hari ini.

Pada istiadat itu, seramai 1,490 graduan yang terdiri daripada 11 graduan doktor falsafah (Phd), 93 graduan ijazah sarjana, 986 graduan Ijazah sarjana muda dan 400 graduan diploma dalam pelbagai bidang menerima anugerah masing-masing.

Mengulas lanjut, Adam Shauqi berkata, selepas bergelar graduan UPNM dia akan menyambung latihan ketenteraan kira-kira enam bulan sebelum ditauliahkan.

“Selepas ini saya akan meneruskan latihan ketenteraan tahun akhir bermula 17 Disember ini. Latihan itu akan mengambil masa enam bulan iaitu hingga Jun 2024.

“Latihan itu akan mengajar lebih mendalam lagi bidang ketenteraan. Saya akan ke sekolah latihan pegawai di Kolej Tentera Udara di Alor Setar, Kedah,” katanya.

Dalam pada itu, bagi graduan adik-beradik Pegawai Kadet Putera Mirzan Em Arheef Em Roodienyanto dan adiknya Pegawai Kadet Putera Mirzan Em Aqheel menyifatkan istiadat tersebut sebagai kenangan manis mereka dan keluarga.

Pasangan kembar, Pegawai Kadet Putera Mirzan Em Arheef Em Roodienyanto TLDM (dua kanan) bersama adiknya, Pegawai Kadet Putera Mirzan Em Aqheel Em Roodienyanto TLDM (dua kiri) dan ibu dan bapa mereka, Ir. Dr. Siti Fairus Zakaria (kiri) dan Em Roodienyanto (kanan) pada Istiadat Konvokesyen ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.-FAUZI BAHARUDIN

Jelas pasangan kembar seiras itu, hajat mereka untuk menaiki pentas konvokesyen bersama sudah tercapai dan kini mereka berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim.

“Pada awalnya kami meminati berbidang berbeza, iaitu saya (Arheef) menyambung pengajian dalam bidang teknologi maritim dan adik saya (Aqheel) bidang kejuteraan awam di UTM (Universiti Teknologi Malaysia).

“Tetapi UPNM telah menyatukan kami. Kini kedua-dua kami merupakan graduan di UPNM dan berjaya menggengam ijazah dalam bidang yang sama,”katanya.

Mengulas lanjut, pasangan kembar itu berkata, kedua-dua mereka selepas ini akan mengikuti latihan ketenteraan selama enam bulan di Pusat Latihan Tentera di Lumut, Perak untuk ditauliahkan sebagai pegawai muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI