fbpx

Nikmati fish and chips halal cara Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam dan Nurul Fathiah bersama seleksi hidangan istimewa di restoran Cor Blimey, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SALUTAN adunan tepung herba memberikan kerangupan pada luaran ikan kod, sementara isi dalamannya lembut dan lembab.

Begitu juga dengan kentang buatan tangan yang sedikit garing di bahagian luar, namun gebu di sebelah dalam.

Itulah tarikan hidangan klasik fish and chips di restoran Cor Blimey yang turut dilengkapi sos tartar dan pes kacang pis.

Jika mahu menambahkan lagi pengalaman menikmati fish and chips seperti orang Britain, pelanggan disarankan menambah cuka malt di atas ikan berbanding sos cili.

Restoran yang diusahakan oleh Adam Hanrahan, 44, dan rakan kongsinya, Nurul Fathiah Alyasa Gan, 30, itu menggunakan bahan-bahan halal dan dimasak oleh cef Muslim tempatan.

Menurut Adam, menu yang diilhamkan daripada resepi tradisional Britain itu tidak mengandungi alkohol dan disediakan segar dari dapur.

“Makanan Barat di Malaysia tidak melambangkan hidangan asli di Eropah. Kebanyakannya menggunakan bahan sejuk beku yang dipanaskan.

“Ini berbeza dengan kebiasaan masyarakat di Britain yang menikmati makanan yang disediakan segar dan dibuat sendiri.

“Oleh itu, saya mahu memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk menikmati makanan autentik British tanpa perlu terbang ke Britain,” katanya

Cor Blimey memiliki tiga cawangan iaitu di Subang jaya dan Damansara Uptown, Selangor, serta di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Set Family Feast hadir dengan empat jenis ikan pelbagai perisa.

Restoran tersebut menawarkan pilihan ikan untuk dimasak seperti ikan kod Atlantic, ikan cherry napper, ikan ocean perch dan ikan dori.

Lebih mengagumkan, ikan-ikan di restoran tersebut diimport dari Britain, sekali gus menjamin keaslian rasa masakan tersebut.

Pelanggan juga boleh memilih lima adunan tepung ikan iaitu herba biasa, lemon, bawang putih, limau cili dan kari ala Barat.

Untuk seleksi Family Feast, pelanggan bakal dihidangkan dengan lapan ekor ikan (dua ekor bagi setiap jenis ikan) yang disaluti adunan tepung berperisa berbeza.

Hidangan itu juga dilengkapi dengan kentang putar, pes kacang pis, kacang bakar, kentang putar, nasi mentega bawang putih, telur acar, jeruk, sos tartar dan cuka.

Tambah Adam, ketulenan masakannya diakui apabila dinobatkan sebagai anugerah The Best Fish and Chips in Malaysia 2022 oleh My Local Britain Shop.

“Biarpun masakan kami disediakan oleh cef-cef tempatan, namun teknik masakan dan penyediaannya masih sama seperti cara orang di Britain.

“Buktinya, restoran kami terkenal dalam kalangan ekspatriat dari Eropah sehingga dinobatkan sebagai restoran fish and chip terbaik pada tahun lalu,” jelasnya.

Selain itu, Cor Blimey menyajikan seleksi makanan laut Britain iaitu seafood board dan luxury seafood chowder.

Bagi hidangan sampingan, pelanggan boleh memilih chunky steak pie and mash, apple crumble dan Mars bars yang turut merupakan hidangan kegemaran orang British.

Sementara itu, seleksi minuman paling laris di Cor Blimey adalah lemonade original, lemonade blueberry dan lemonade cranberry.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI