JAKARTA – Seorang lelaki diburu selepas dirakam mencuri di sebuah asrama tentera di Kalimantan Barat, Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Kejadian itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik dalam akaun Instagram @pontianak_infomedia.
Mangsa menghantar mesej dengan berkata: “Selamat pagi, izinkan saya kongsi video CCTV pencuri yang melarikan kasut kerja, kasut sukan dan barang-barang lain.
“Pagi tadi sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan). Kepada pelaku, sila serah diri di Asrama Tentera Hidayat sebelum ditahan rakan-rakan Tentera Darat,” tulisnya.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Berani dia masuk ke kandang singa,” komen seorang netizen.
“Saya anggap dia tampan dan berani, tidak tahu nasibnya selepas ditangkap nanti,” komen netizen lain. – AGENSI