fbpx

Konflik Palestin-Israel: ‘Intern’ White House tulis surat gesa gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden semasa mesyuarat kabinet perang Israel di Tel Aviv pada 18 Oktober lalu. - AFP

WASHINGTON – Lebih 40 pelajar latihan industri di White House menandatangani sepucuk surat mendesak Presiden Joe Biden menggesa gencatan senjata secara kekal dilaksanakan untuk menamatkan perang Palestin-Israel, lapor portal berita Middle East Eye semalam.

Puluhan pelajar latihan industri di White House dan Pejabat Eksekutif Presiden itu berkata, mereka tidak sanggup lagi berdiam diri tentang pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang berterusan. 

“Kami menggesa Pentadbiran Biden-Harris (Kamala Harris) menggesa gencatan senjata kekal, pembebasan semua tebusan termasuk tahanan politik Palestin dan menyokong penyelesaian diplomatik yang akan menamatkan pendudukan haram dan aparteid Israel, selaras dengan peraturan antarabangsa dan membebaskan Palestin,” demikian surat itu.

Pelatih industri itu tidak meletakkan nama mereka dalam surat tersebut untuk kekal tidak dikenali, namun menyediakan senarai pejabat tempat mereka bekerja. 

Pelajar itu berkata bahawa mereka berasal daripada pelbagai latar belakang termasuk ‘Palestin, Yahudi, Arab, Muslim, Kristian, Kulit Hitam, Asia, Latin, Putih, dan Pelik’.

Dalam satu kenyataan, kumpulan di sebalik surat itu, White House Interns for Palestin berkata, mereka ‘menyokong usaha pentabdiran Biden menyokong komuniti minotiti dan menutup jurang seismik di Amerika Syarikat’.

“Bagaimanapun, kami percaya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menentang ketidakadilan dan pembunuhan beramai-ramai dan menyuarakan kesalahan dilakukan oleh pemimpin kami.

“Kami menggesa Pentadbiran Biden mengubah haluan. Dalam kapasiti terhad kami, kami mengadakan perbualan ini dan membawa kehendak rakyat AS ke pejabat tertinggi,” kata kumpulan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI