fbpx

Kevin Morais: Tiada bukti dua lelaki sebabkan mangsa lemas sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Kevin Morais

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan hari ini berhujah, tiada bukti yang menunjukkan bahawa dua tertuduh iaitu S. Nimalan dan S. Ravichandaran telah menyebabkan Timbalan Datuk Anthony Kevin Morais, menyebabkan mangsa mengalami lemas sehingga mati.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Nimalan selaku perayu keempat, ketika berhujah mengatakan perbuatan yang didakwa dilakukan oleh anak guamnya itu tidak pernah dikenal pasti dan dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Menurut peguam itu, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-11, Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Nurliza Abdullah, dalam penemuannya, tiada tanda jerutan di leher si mati atau keruntuhan trakea, atau tiroid yang boleh disimpulkan bahawa ada cekikan.

“Jika tiada sebarang perbuatan yang boleh dikenal pasti, apatah lagi apa-apa bukti perbuatan yang dilakukan oleh perayu, bagaimana boleh dikatakan bahawa lemas udara yang dialami si mati adalah disengajakan atau tidak disengajakan?

“Tiada sebarang bukti lain (contohnya perbualan, objek yang digunakan, pelan yang diatur sebelumnya) untuk menunjukkan bahawa perayu berniat untuk melemaskan atau menyebabkan sesak nafas kepada si mati,” katanya.

Sementara itu, peguam Kitson Foong yang mewakili seorang lagi perayu Ravi Chandaran,.pula berkata tiada bukti yang menyokong bahawa anak guamnya terbabit membunuh si mati, sebaliknya jika ada pun hanya elemen penculikan.

Pendengaran rayuan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin bersambung lagi 14 Disember ini.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 60, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S. Ravichandran, 52, dan empat penganggur Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, 30, M. Vishwanath, 33, dan S. Nimalan, 30, selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati semua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Kevin Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mendiang Kevin dilaporkan hilang pada 4 September 2015 selepas keluar dari kediamannya di Menara Duta untuk ke tempat kerja di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Kereta tersebut ditemukan terbakar di sebuah ladang kelapa sawit di Hutan Melintang, Perak pada keesokan harinya.

Mayat Kevin, 55, kemudian ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI