fbpx

‘Kantoi’ tak pakai ‘helmet’ depan polis, penunggang lari dengan tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penunggang motosikal tersebut sempat mengelak daripada ditahan polis. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi dua penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar cuba berlagak tenang ketika melalui jalan yang dikawal polis trafik, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video tersebut, dua wanita berkenaan dilihat menunggang motosikal di Jalan AP Pettarani, Makassar, dalam wilayah Sulawesi Selatan.

Sejurus menyedari terdapat tiga orang polis trafik sedang mengawal lalu lintas, penunggang motosikal tersebut terus menukar arah dengan tenang bagi mengelakkan mereka ditahan.

Salah seorang polis tersebut sempat melihat gelagat mereka, namun dia tidak menahan mereka. Sebaliknya, dia terus mengawal lalu lintas yang sedang mengalami kesesakan.

“Petugas tidak fokus ketika itu. Dalam laporannya, petugas tidak menyedari terdapat penunggang motosikal yang melanggar undang-undang jalan raya itu,” kata ketua polis tempatan, Amin Toha. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI