fbpx

Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa, Zaim Ikhwan (kanan) diiringi Fakhruddin (tengah) selepas selesai pengebumian Allahyarham Zayn Rayyan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, hari ini

PETALING JAYA – Hujan renyai mengiringi perjalanan terakhir jenazah kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang disyaki dibunuh selepas ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, hari ini.

Jenazah Zayn Rayyan dibawa keluar dari Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai, pada pukul 6.30 petang selepas selesai proses solat jenazah.

Kira-kira 200 ahli keluarga selain kenalan turut hadir untuk penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketika pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, hari ini.

Zayn Rayyan selamat dikebumikan pada pukul 7 petang tadi.

Turut hadir sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Masjid Al Muhtadim, Damansara Damai sebaik sahaja dituntut oleh ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Tindakan itu diambil susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah .- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI