fbpx

Hujan di Kelantan, Terengganu, Pahang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan cuaca baik berlaku hampir di seluruh negara kecuali di kawasan Pantai Timur, pagi ini.

Menurut MetMalaysia, hujan di satu dua tempat masih berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan kawasan perairan Pahang.

“Selain itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada telah dikeluarkan untuk negeri-negeri tersebut dan akan dikuatkuasa sehingga 8 Disember nanti.

“Turut diingatkan juga keadaan ini amat berbahaya terutama sekali kepada penduduk setempat yang tinggal di kawasan berkedudukan rendah,” katanya.

Tambah MetMalaysia, keadaan hujan lebat berterusan masih lagi boleh berlaku di seluruh Semenanjung Malaysia bermula dari Pantai Timur dan bergerak masuk ke pedalaman di tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI