fbpx

Guna produk biojisim tempatan, negara mampu jimat RM7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah pada sidang akhbar selepas Majlis Persidangan Biojisim Negara 2023 di Hotel Everly, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada import arang batu bagi penjanaan tenaga elektrik negara menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan juga mampu menjimatkan sekitar RM7 bilion bagi import arang batu bermula tahun ini sehingga 2030.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, perkara itu dapat direalisasikan menerusi penggunaan alternatif produk biojisim tempatan yang dilihat berpotensi menggantikan arang batu.

“Kaedah alternatif itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import arang batu pada masa depan. Itu adalah antara inisiatif yang kita laksanakan menerusi PTBN2030,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Persidangan Biojisim Negara 2023 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Malaysia masih perlu import arang batu bagi penjanaan elektrik menjelang 2030, Fadillah berkata, ia mungkin boleh dilakukan jika negara mampu menghasilkan lebih banyak produk biojisim.

“Buat masa ini, ia mungkin menjadi pilihan, namun jika kita boleh keluarkan lebih banyak produk biojisim bagi menggantikan arang batu, ia mungkin akan memberi lebih manfaat,” katanya.

Katanya, ketika ini, banyak industri berebut untuk menghasilkan produk biojisim seperti baja, makanan haiwan dan alternatif tenaga menyebabkan harga akan naik dan bahan mentah akan berkurangan.

“Justeru, kementerian merancang untuk mewujudkan ladang hutan di mana pokok yang ditanam boleh dituai selepas lima tahun dan ia boleh digunakan untuk menghasilkan produk biojisim,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI