PETALING JAYA – Selatan Laut Maluku, Indonesia dibadai gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud pada 10.09 pagi, hari ini.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu terletak di 1.1 darjah selatan dan 126.8 darjah timur dengan jarak 205 kilometer (km) selatan dari Tidore, Indonesia.
“Kejadian gempa bumi tersebut berlaku dengan kedalaman 27 kilometer.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan MetMalaysia dilaporkan setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE