fbpx

Dewan Rakyat: JPK bangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan berkaitan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) berkaitan kenderaan elektrik (EV).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, NOSS berkaitan EV dibangunkan bagi menyokong perkembangan pesat industri EV di Malaysia.

“NOSS berkaitan EV adalah Diagnostik dan Pembaikan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), Pemasangan dan Penyelenggaraan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik dan Program Servis Kenderaan Elektrik dan Hybrid.

“Dalam usaha menyediakan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri kenderaan elektrik, beberapa institusi latihan telah mula menawarkan kursus-kursus berkaitan teknologi EV,” katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Koh Nai Kwong prospek pelaburan automotif dari luar negara seperti Tesla turut menyumbang kepada pelaburan bagi latihan dan pendidikan automotif selain peluang pekerjaan.

Sivakumar berkata, antara institusi latihan yang sedang menawarkan program TVET memfokuskan kepada teknologi EV ini adalah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Kolej Komuniti Kepala Batas, Autotronics Centre of Excellence Sdn Bhd (ACoE) dan BAuto Training School (BERMAZ Auto).

Menurut beliau, Jabatan Tenaga Manusia telah menjalin kerjasama dengan pihak industri untuk menawarkan kursus-kursus berkaitan EV di sembilan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang telah dikenal pasti.

“Institut Latihan Perindustrian Jitra, Institut Latihan Perindustrian Marang, Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang dan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan.

“Institut Latihan Perindustrian Miri, Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Institut Latihan Perindustrian Perai dam Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah beliau. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka pula telah dicadangkan untuk menerajui pembangunan teknologi EV dan automotif sehingga ke tahap 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI