MOSCOW – Seorang remaja Russia menembak mati rakan sekelasnya dan mencederakan lima yang lain sebelum membunuh diri di sebuah sekolah di Bryansk, dekat sempadan Ukraine, kata polis.
Serangan di sekolah jarang berlaku di Rusia yang mempunyai undang-undang senjata api ketat, tetapi menjadi lebih kerap dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
“Seorang budak perempuan berumur 14 tahun membawa senapang patah ke sekolah, yang digunakan untuk menembak rakan sekelasnya. Dua maut dalam insiden ini termasuk penembak, manakala lima yang lain cedera,” kata polis dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa tidak menamakan penembak, tetapi berkata, mangsa ialah rakan sekelas penyerang di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Bryansk.
“Motif di sebalik jenayah dan semua keadaan sedang disiasat,” kata Jawatankuasa Instigatif, yang menyiasat jenayah berat.
Lima mangsa yang cedera telah dibawa ke kemudahan perubatan, katanya. – AFP