fbpx

Apa yang perlu kita tahu tentang kes kematian Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Misteri kehilangan seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin terungkai selepas jasadnya ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai malam tadi.

Lebih menyayat hati apabila Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kanak-kanak istimewa itu mati dibunuh.

Bapa, Zaim Ikhwan menahan sebak mengiringi jenazah anaknya di dalam van jenazah, di Hospital Sungai Buloh, hari ini. FOTO-Afiq Razali

Ia selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Berikut kronologi kes kehilangan Zayn Rayyan, 6, yang perlu diketahui di sebalik kejadian yang berlaku:

5 Disember

12.30 tengah hari – Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas selesai bermain di taman berdekatan rumahnya. Ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28, mendakwa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di tingkat dua, anaknya itu tiba-tiba hilang selepas mengekorinya dari belakang.

Kali terakhir anaknya dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran.

Keluarga mangsa memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis.

Penduduk mencari mangsa di kawasan sekitar dan menganjurkan solat hajat.

6.36 petang – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd. Hamid mengesahkan menerima laporan.

Polis memaklumkan tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung kehilangan mangsa. Jelas polis lagi, mangsa difahamkan lari arah lain, manakala keluarganya mencari di kawasan lain.

Misi pencarian kemudian diteruskan di lokasi kanak-kanak tersebut hilang dengan bantuan pihak berkuasa dan orang ramai.

Ismanira (duduk), tidak dapat menahan sebak apabila menerima khabar duka anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disahkan dibunuh, hari ini di Jabatan Forensik,Hospital Sungai Buloh. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

 

6 Disember

10 malam – Jasad Zayn Rayyan ditemui di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat

7 Disember (Hari ini)

4.30 petang – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mangsa dibunuh.

Zaim Ikhwan selepas selesai proses pengebumian anaknya sebentar tadi.

7 malam – Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI