fbpx

Anwar Ibrahim gesa pembangunan di Sabah dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar merasmikan majlis pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Tenom.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan di Sabah harus terus dipacu dan dilonjak berikutan negeri berkenaan mempunyai banyak potensi yang perlu diberi tumpuan.

Anwar berkata, beliau turut teguh dengan keputusan kerajaan yang memberi peruntukan terbesar kepada Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2024 demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, langkah itu juga berikutan Sabah dilihat ketinggalan dalam aspek hak asasi seperti air, elektrik dan jalan raya berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung meski negara telah capai kemerdekaan lebih enam dekad.

“Saya hairan mengapa ada pihak yang mempersoalkan serta apakah mereka tidak sedar akan keperluan mendesak di negeri Sabah yang sekian lama dipinggirkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan beliau hadir merasmikan majlis pecah tanah projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Ulu Tomani, Tenom dalam suasana persahabatan yang utuh dan erat antara Persekutuan dan Negeri.

“Saya diapit Ketua Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, selain Timbalan Ketua Menteri, dan barisan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri serta pengurusan tertinggi Sabah Energy Corporation. Sahabat saya yang juga Adun Kemabong saudara Rubin Balang turut sama dalam majlis ini.

“Projek Hidroelektrik Ulu Padas adalah selaras dengan tekad pembangunan Kerajaan Perpaduan yang antara lain menjamin hak asasi rakyat terutamanya di Sabah akses kepada bekalan air dan elektrik,” katanya.

Anwar berkata, projek itu pasti akan memberi manfaat yang baik kepada negeri selain melonjak pertumbuhan sosioekonomi rakyat.

“Aliran air yang bersih dan stabil sejumlah 6,000 juta liter sehari dijangka akan dihasilkan empangan ini kelak.

“Saya turut menegaskan bahawa projek ini akan terus dipantau pihak saya dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berjalan dan siap mengikut jadual yang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI