fbpx

Anak mengamuk tembak mati ibu bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyiasat di lokasi kejadian tembakan di Austin kelmarin. - Jay Janner /USA Today Network / Imagn

AUSTIN, TEXAS  – Seorang lelaki bersenjata ditahan dalam insiden amukan senjata api di negeri Texas yang menyebabkan enam orang terbunuh dan tiga yang lain cedera.

Suspek menembak mati seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di bandar San Antonio. Dia kemudian berbalas tembakan dengan polis selepas menembak mati empat mangsa lain di Austin kelmarin. 

Polis mengenal pasti suspek sebagai Shane James Jr. dan dua mangsa di San Antonio pula ialah ibu bapanya, Shane James Sr., 56, dan Phyllis James, 55.

“Kami percaya seorang suspek bertanggungjawab dalam insiden itu. Dia kini ditahan dan tidak lagi menimbulkan ancaman kepada penduduk,” kata pemangku ketua Jabatan Polis Austin, Robin Henderson.

Lelaki itu dikaitkan dengan empat insiden tembakan di Austin termasuk dua kejadian pembunuhan, mencederakan seorang anggota polis berhampiran sebuah sekolah dan menembak seorang penunggang basikal.

Polis turut berbalas tembakan dengan suspek di lokasi kejadian pecah rumah di daerah Bexar, San Antonio di mana dua mangsa ditemui mati. Seorang anggota polis di sana dilaporkan cedera.

Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan namun terbabas ketika dikejar polis. Menurut Henderson, suspek ditangkap dan didakwa atas kesalahan melakukan  pembunuhan beramai-ramai. 

Syerif Daerah Bexar, Javier Salazar percaya bahawa suspek pada awalnya melepaskan tembakan di daerah itu sebelum memandu ke Austin dan berbalas tembakan di sana. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI