KECOH apabila penyanyi putih gebu Adira membuat permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang dilaporkan bertarikh 25 Oktober lalu.
Bukan apa, selepas berbaik semula usai permohonan cerai kali pertama pada 2019 tidak diteruskan, mereka nampak bahagia. Ibu kepada empat cahaya mata itu juga rapat dengan madunya, Datin Red.
Apa pun bukan Mizz Lahar nak kupas mengenai Adira atau perkahwinannya, sebaliknya cuma nak kongsi pasal kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya iaitu Emma.
Sebagai adik-beradik, cubit paha kiri, paha kanan terasa.
Jadi, Mizz Lahar tabik dengan tindakannya yang sangat melindungi dan mempertahankan adik kandungnya.
Cuma sebagai orang yang bekerja dalam bidang penyiaran, Emma yang juga penyampai radio sepatutnya memahami tugas media.
Bukan mempersoalkan bagaimana wakil media boleh masuk ke dalam kamar mahkamah mahupun mendengar prosiding sesuatu kes.
Memang itu kebiasaan setiap organisasi berita mempunyai wartawan mahkamah atau pemberita meja hiburan ditugaskan membuat liputan kes mahkamah. Memang tak perlu jemputan khas.
Jadi bukan benda pelik kalau wartawan ada di mana-mana. Kalau empunya diri enggan komen, media akur dan hormat, tetapi sebagai wartawan kena bertanya sebab itu tugas hakiki.
Bukanlah Mizz Lahar nak sekolahkan Emma, cuma nak kongsi maklumat dengan penyampai radio kita itu.
Mizz Lahar: Suami tiada pendapatan tetap, seorang artis wanita nyaris angkat kaki.