fbpx

[VIDEO] CIQ Tambak Johor tiada elektrik memalukan – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan semasa gangguan bekalan elektrik di CIQ, Tambak Johor semalam.

PETALING JAYA – Gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dilaporkan berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor malam tadi.

Difahamkan gangguan itu bermula kira-kira pukul 8 malam tadi sebelum bekalan kembali pulih pada pukul 10 pagi tadi.

Kejadian malang yang berlaku di bangunan keselamatan sempadan antara Johor dan Singapura itu disahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, perkara itu sememangnya menyusahkan pengguna dan memalukan Kerajaan Negeri dan perkara itu perlu diselesaikan segera.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Onn Hafiz turut berkongsi satu notis yang telah dikeluarkan oleh pihak TNB berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan sekitar bangunan tersebut.

Berdasarkan notis itu kerja berkenaan bermula pukul 8 malam semalam dan sehingga pukul 4 pagi hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan beberapa komen yang terkilan dengan kejadian tersebut dan bersimpati dengan mereka yang sering menggunakan laluan itu.

“Paling kesian anak-anak kecil dan orang tua yang terpaksa beratur dalam kepanasan dan bersesak dalam kegelapan,” tulis Mohd Fazli.

“Kesian pada warga emas yang terpaksa beratur panjang-panjang dalam keadaan panas. Kesian jugak pada pegawai-pegawai imigresen yang cop passport, mereka bekerja berjam-jam dalam keadaan panas,” kata Nana Diamond.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Daeng Tzeno.

“Memalukan negeri termasuklah DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, maka kepada pihak yang terlibat jangan bermain api. Benda dah berlaku, apa tindakan susulan utk menambah baik masaalah agar tidak berulang. Tempat sepenting bangunan CIQ tak ada backup genset (set generator)?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

@bgm_4youBlackout 🤭✨️

♬ Meyyana Inbam – From “Easan” – Sukhwinder Singh & Benny Dayal & Sunandan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI