fbpx

Tiga Geng Tarik Minyak aktif ‘kutip’ diesel dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah trak pikap yang disita kerana disyaki 'mengutip' diesel berulang kali di beberapa stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Kedah, kelmarin.

ALOR SETAR – Tiga pemandu trak pikap dengan nombor pendaftaran Thailand dipercayai Geng Tarik Minyak ditahan kerana disyaki ‘mengutip’ diesel di beberapa stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada kelmarin.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Affendi Rajini Kanth berkata, kegiatan tiga lelaki iaitu dua warga Thailand dan seorang tempatan itu dikesan penguat kuasa dalam Ops Tiris yang dijalankan pada awal pagi hingga lewat petang kelmarin.

“Hasil risikan dan penyamaran di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan asing tersebut mengisi diesel secara berulang sedangkan peraturan KPDN mengehadkan pembelian bahan api itu sebanyak 20 liter sahaja sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kumpulan itu dikesan aktif di kawasan berhampiran sempadan negara dengan bahan api tersebut diisi terus ke tangki asal dengan had pembelian 20 liter di setiap stesen minyak berbeza.

“Hasil pemeriksaan ke atas dokumen perjalanan mendapati mereka kerap memasuki negara ini bagi mengisi bahan api tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI