fbpx

Tapak sampah haram Kapar terbesar di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sampah di tapak pelupusan haram tersebut. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Tapak pelupusan sampah haram di Batu 14, Kapar di sini yang membelenggu 300,000 penduduk sekitarnya dikatakan terbesar di Asia Tenggara.

Perkara itu dinyatakan seorang pemerhati alam sekitar dari Jerman, Asmir Samardzic yang terkejut mengenai keadaan di lokasi sampah seluas kira-kira 1.2 hektar tersebut.

Menurut Asmir, dia tidak menyangka Malaysia khususnya Lembah Klang yang terkenal di serata dunia mempunyai masalah alam sekitar.

Beliau juga penyelidik kitar semula dan produk guna semula mengakui masalah pelupusan sampah haram bukan sahaja berlaku di Malaysia malah negara lain khususnya rantau ini.

“Saya pernah pergi ke banyak tempat terutama di Asia Tenggara, masalah ini (sampah) berlaku di Thailand dan Indonesia, tetapi tidak sebesar dan seteruk di sini (Batu 14).

“Kalau di Eropah tiada tapak pelupusan sampah haram dikesan kerana penguatkuasaan undang-undang begitu ketat dikenakan kepada individu dan juga perusahaan.

“Malah jika berlaku situasi itu, pihak terlibat akan terus didenda dan yang mengkomersialkan pula akan dipenjara,” katanya ketika ditemui di tapak pelupusan tersebut.

Semasa tinjauan dilakukan terdapat beberapa bahagian tapak tersebut mengeluarkan asap dipercayai sampahnya dibakar bagi tujuan pelupusan haram.

Kosmo! kelmarin melaporkan lebih 300,000 penduduk daripada tujuh buah kampung di Batu 14, Kapar terpaksa menghidu asap busuk dari sebuah tapak pelupusan sampah haram yang semakin menggunung sejak tiga tahun lalu.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Sungai Serdang, Kampung Batu 12, Kampung Tok Muda, Kampung Bukit Kerayong dan Bukit Kapar.

Jelasnya, beliau dan pasukannya pernah ke Kuala Lumpur beberapa kali dan tidak menyedari pemasalahan sampah begitu kritikal khususnya di Klang.

“Ada rakan-rakan kami memaklumkan sekiranya ingin tahu situasi itu (sampah) pergi ke Klang. Jadi, apabila lihat sendiri adalah amat teruk ( cara pelupusan sampah haram ini),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI