PETALING JAYA – Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.
Rata-rata penduduk di sini masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa hilang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam ini.
Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE.