fbpx

‘Semoga Zayn Rayyan ditemui segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan dilaporkan hilang pukul 12 tengah hari semalam.

PETALING JAYA – Kanak-kanak lelaki autisme dikenali sebagai Zayn Rayyan berusia enam tahun dilaporkan hilang kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Perkara itu dimaklumkan ibu kanak-kanak menerusi akaun Facebook, Izz Manaf serta tular di media sosial.

“Assalam semua, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar. Anak saya hilang dari pukul 12 tengah hari.

“Jika ternampak sila hubungi saya. Anak saya OKU, autisme dan dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dulu ya dan terus hubungi saya,” katanya.

Izz Manaf berkata, Zayn Rayyan memakai baju sekolah berkolar warna putih, berseluar hitam, berkasut sekolah dan berlencana Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dipercayai jirannya memuat naik gambar gerakan pencarian Zayn Rayyan dengan bantuan polis, bomba serta penduduk malam tadi.

“Pencarian diteruskan ke dalam kebun belakang blok. Bantuan anjing pengesan juga digunakan. Mohon bantuan doa dari anda semua semoga Zayn Rayyan dapat dijumpai,” ujarnya.

Pada pagi ini, jirannya turut memaklumkan kanak-kanak itu belum ditemui dan pencarian akan diteruskan.

Mereka yang menemui Zayn Rayyan boleh menghubungi ibu kanak-kanak itu di talian 01133119578 atau bapa di talian 01151687158. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI