fbpx

Saifuddin ingatkan jangan persoal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan orang ramai bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Dalam satu hantaran di aplikasi X, beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang ramai juga seharusnya faham mengenai perkara asas tersebut.

“Tak perlu sampai baca semua hikayat untuk kita berinteraksi dalam bahasa Melayu.

“Perdana Menteri pun mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam surat-menyurat yang melibatkan kerajaan. Tiada kompromi,” kata beliau.

Beliau membalas kenyataan pengguna X yang memintanya membuktikan kebolehan berbahasa Melayu setaraf dengan karyawan negara sekiranya mahu mewajibkan penggunaan bahasa itu buat semua pemegang pasport negara ini.

Menurut individu itu, Saifuddin perlu mahir sepenuhnya dari segi penggunaan tatabahasa, menghabiskan semua hikayat dan panji-panji selain tidak kalah dalam pilihan raya.

Terdahulu, isu penggunaan bahasa Melayu menjadi perbincangan hangat susulan dakwaan seorang individu yang berdepan kesukaran untuk memperbaharui pasportnya kerana tidak fasih berbahasa Melayu.

Baru-baru ini, Saifuddin tampil mempertahankan tindakan pegawai Jabatan Imigresen berkenaan yang dikatakan bertindak sedemikian kerana berkemungkinan wujud unsur syak wasangka status kewarganegaraan individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI