fbpx

RM650 juta eMadani diluluskan babitkan 6.5 juta penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad meninjau pembelanjaan orang ramai menggunakan eMadani di sebuah pasar raya di Putrajaya, pagi tadi.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMadani telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima yang layak setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, peruntukan keseluruhan yang diluluskan setakat ini berjumlah RM650 juta.

Beliau berkata, sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan dimana ia mengambil masa antara satu hingga lima hari untuk keputusan dari tarikh permohonan.

“Mereka yang layak tetapi permohonan gagal boleh membuat rayuan,” katanya ketika meninjau perbelanjaan oleh orang ramai menggunakan eMadani di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga menjelaskan permohonan di kesemua aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet lain akan ditolak jika gagal pada permohonan pertama.

Ahmad berkata, mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui beberapa platform termasuk menghantar emel menerusi [email protected] atau menghubung talian 03-88824565 dan 1800882747.

Menurutnya, eMadani ditawarkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Shopee, MAE Maybank, Touch N’ Go eWallet atau Setel Petronas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI