fbpx

Pelajar luar negara ke Melaka, teroka mekanisme mikro kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNTUT dari Edith Cowan University pada program NCP yang berlangsung selama 14 hari di Melaka.

MELAKA – Penuntut Sekolah Perniagaan dan Undang-Undang, Edith Cowan University (ECU), Australia sanggup ‘terbang’ ke negeri ini untuk menerokai mekanisme mikro kewangan dan keusahawanan bagi manfaat usahawan kecil.

Seramai lapan penuntut terlibat dalam lawatan di bawah Program Mobiliti Pelajar New Colombo Plan (NCP) itu yang direalisasikan dengan kerjasama bersama Universiti TeKnologi Malaysia (UiTM) Cawangan Melaka.

Menurut kenyataan dikeluarkan universiti tempatan itu, program selama 14 hari telah berlangsung di pusat pengajian berkenaan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT) Australia.

“Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar Australia menyelami mekanisme mikro kewangan yang menyokong usahawan tempatan di Malaysia khususnya Melaka. Ini termasuk bagaimana skim kewangan itu dapat membantu usahawan desa yang kurang mendapat akses kepada sumber dana tradisional,” katanya.

Tambahnya, penuntut luar negara itu turut membuat pertemuan dengan institusi kewangan tempatan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank).

“Selain aspek akademik, lawatan ini menekankan pertukaran budaya yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komuniti tempatan, menyelami warisan Malaysia dan menyaksikan peranan pelancongan serta hospitaliti dalam pembangunan sosio-ekonomi.

“Program pemindahan ilmu seperti ini dapat memberikan pengalaman holistik kepada penuntut luar untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI