fbpx

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi pada Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) berkata, lanjutan operasi itu sempena perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung nanti.

“Bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak petang, penyokong diminta hadir lebih awal ke Stadium Bukit Jalil sebelum pukul 5 petang.

“Ia dapat memberi keselesaan kepada penyokong dan juga warga kota yang ingin pulang dari pejabat,” katanya, di sini hari ini.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go (TNG) mencukupi.

“Nikmati diskaun tambang sehingga 25 peratus bagi penumpang dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil sahaja.

“Kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan,” ujarnya.

Katanya lagi, penyokong diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI