fbpx

Mamat tak kisah menyanyi di kenduri kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamat tidak kisah sekiranya menerima undangan nyanyian di kenduri kahwin.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mamat tidak menganggap persembahan pada majlis kenduri kahwin menjatuhkan imej seseorang penyanyi sebaliknya menyifatkan sedia memenuhi tawaran yang berbaloi untuk direalisasikan.

Katanya, dia enggan berkira menghiburkan peminat kerana mempunyai perasaan tidak sampai hati untuk menolak permintaan apatah lagi kenalan.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin ketika ditemui berkata, dia bersyukur masih lagi menerima tawaran menyanyi sehingga kini walaupun tidak sebanyak dulu dalam sebulan, sekali gus mampu meneruskan kelangsungan hidupnya.

“Saya mudah saja, soal bayaran semua boleh bincang tapi tidaklah sampai bayaran diterima itu tidak berpatutan langsung, cuma antara terima atau tidak saja.

“Sebenarnya saya susah nak tolak tawaran nyanyian kerana kebanyakannya daripada kawan-kawan saya kenal dan faham mereka pun ada bajet tertentu.

“Apa pun selalunya saya penuhi saja undang menyanyi di majlis perkahwinan termasuk di dewan sebab enggan berkira memandangkan semua itu rezeki,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Exists X Orkestra, semalam.

Penyanyi berusia 45 tahun itu bersyukur apabila masih kerap memenuhi undangan persembahan di sekitar Johor dan Kuala Lumpur setiap bulan sekali gus membolehkannya meneruskan kelangsungan hidup.

“Kadang-kadang sebulan ada dapat tiga, empat persembahan, dan satu tawaran pun pernah tapi saya okey saja sebab sedar memang beginilah realiti sebagai artis penyanyi.

“Jadi untuk teruskan hidup saya enggan memilih dan sedia menerima tawaran lain seperti menyanyi pada acara yang kecil yang bayarannya sekitar RM1,000 untuk dua lagu.

“Janji ada bayaran, lagipun saya sedia terima mengenangkan kawan-kawan, tidak merugikan pun sebab bukan percuma dan mereka pun hargai kesanggupan kita,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar, Mohd. Ali Kamarudin, 45, mengakui kini giat melaksanakan latihan bersama seorang lagi vokalis Exists, Ezad Lazim serta anggota lain bagi menghadapi konsert di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Berkolaborasi dengan lebih 30 pemuzik Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akuinya cabaran memang berbeza namun menyuntik pengalaman tersendiri.

Menurut Mamat, dia akan mendendangkan 11 lagu daripada 25 seleksi pilihan sepanjang persembahan berdurasi tiga jam itu.

“Paling penting sekarang adalah jaga stamina dan kebiasaannya sebelum konsert besar saya minta pandangan kawan yang lebih berpengalaman untuk dapatkan hasil lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI