MAJLIS Bandaraya Peterborough (PCC), Britain memanfaatkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggunakan kamera yang boleh menangkap gambar pembuang sampah haram.
Kamera yang dipasang dengan AI itu bukan sahaja boleh merakam gambar, tetapi juga mengenal pasti imej sampah dibuang.
Menurut jurucakap PCC, kamera tersebut juga merekod masa sampah itu dibuang selain mengecam individu membuangnya.
“Jumlah insiden pembuangan sampah secara haram atau ‘flash-tipping’ yang dilaporkan di bandar itu meningkat semasa pandemik Covid-19.
“Terdapat 9,748 insiden lalat dilaporkan di Peterborough pada 2019, tetapi 11,517 dilaporkan pada 2020,” katanya dalam satu laporan media.
Tambahnya, isu tersebut turut menjadi perbincangan dan dibentangkan kepada ahli majlis menerusi satu penulisan, Flash-tipping, sekali gus menjadi isu di seluruh bandar serta negara.
Perkara itu juga menjadi topik hangat di bandar itu apabila angka pembuangan sampah haram dilaporkan meningkat lebih tinggi iaitu sebanyak 11,972 kejadian pada tahun lepas.
Laporan itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa pemerhatian perubahan iklim dan persekitaran PCC awal bulan ini. PCC mengeluarkan 107 notis penalti tetap untuk ‘flash-tipping’ antara April 2022 dan Mac tahun ini.
Malah, pihaknya berharap kamera itu akan meningkatkan kadar penguatkuasaannya.
“Setakat ini, kita sudah menggunakan tiga set kamera di sekitar bandar dan jumlah itu akan ditambah pada masa akan datang.
“Penggunaan kamera AI ini dilihat dapat membantu kami membasmi pembuangan sampah haram yang menjadi pusat pembiakan lalat di bandar ini,” ujarnya.