fbpx

Janji menang lawan Argentina – Shahmie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMIE meledak dua gol buat Malaysia menewaskan Chile 7-1 pada aksi pertama di Stadium Hoki Nasional semalam. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad hoki remaja lelaki negara, Shahmie Irfan Suhaimi tidak kisah sekiranya gagal mencetak nama selaku penjaring asalkan berjaya menang ke atas Argentina di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Aksi kedua Kumpulan A itu amat penting terhadap peluang Young Tigers ke suku akhir Piala Dunia Hoki Remaja 2023 ketika ini selepas menewaskan Chile 7-1 semalam.

Dalam aksi itu, Shahmie, 20, menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyerang utama dengan meledak dua gol masing-masing menerusi pukulan sudut penalti dan penalti stroke pada minit ke-47 serta 55.

Dia yang sudah berpengalaman beraksi di pentas Piala Dunia bersama skuad senior kebangsaan di Bhubaneswar-Rourkela, India awal tahun ini mengakui, dua gol itu membakar semangatnya bertemu Argentina selaku juara bertahan.

“Gugup memang ada dalam setiap perlawanan tetapi dalam otak saya cuma nak bagi all out dan bermain mengikut perancangan jurulatih.

“Dua gol ini berikan keyakinan untuk saya buat yang terbaik. Namun, saya tak kisah kalau tak dapat jaringkan gol, janji kami menang (ke atas Argentina),” katanya.

Selain Shahmie, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim juga boleh mengharapkan penyudah tajam daripada jentera serangan yang lain terutamanya dari segi pukulan sudut penalti.

Young Tigers berjaya menyempurnakan empat gol daripada 10 pukulan sudut penalti diraih ke atas Chile menerusi Shahmie, Harris Iskandar Osman, Andywalfian Jeffrynus dan Azmilmuizzuddin Misron.

Baki tiga lagi gol diraih menerusi dua jaringan padang daripada Danish Aiman dan Shamir Rizmi Shamsul serta satu penalti stroke disempurnakan Shahmie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI