fbpx

EPL: Bakal tentukan nasib Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG berdepan situasi getir dalam kerjayanya di Old Trafford apabila perlu menewaskan Chelsea dan meraih dua lagi kemenangan sekiranya mahu kekal mengemudi United. - AFP

MANCHESTER – Masa depan pengendali Manchester United, Erik Ten Hag ketika ini menjadi persoalan besar apabila dia bakal berdepan pemecatan sekiranya gagal dalam tiga aksi bermula perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford awal pagi esok.

Pengkritik bola sepak England, Paul Merson menganggap kekalahan ketika menentang Newcastle United awal pagi Ahad lalu dianggap mengejutkan apabila United mempamerkan aksi paling buruk.

Selepas memulakan aksi musim ini dengan persembahan yang sangat goyah, United seakan masih belum menemui cara untuk mengatasi masalah berkenaan menyaksikan mereka sekadar berada di kedudukan ketujuh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Ketika ini, para pemain United dihentam teruk ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan, sementara Ten Hag berdepan tekanan hebat selepas laporan menyebut mengenai kekeruhan hubungannya dengan beberapa pemain berpengaruh di kelab itu.

“Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyebut aksi menentang Newcastle tempoh hari adalah ibarat aksi satu pasukan yang saya pernah lihat dalam EPL kerana saya tidak lihat kewujudan United dalam perlawanan itu.

“Ia sangat memalukan dan saya terkejut dengan persembahan United yang langsung tidak menunjukkan kesungguhan. Mereka perlu kembali segera ke prestasi asal selepas dua aksi yang sangat buruk.

“Jika mereka tewas menentang Chelsea, kemudian berdepan Bournemouth dan Bayern Munich, saya tidak nampak cara yang boleh digunakan Ten Hag untuk menyelamatkan jawatannya,” katanya.

Bagaimanapun, Merson mengakui tidak percaya United akan tewas berdepan Bournemouth dan berharap mereka juga mampu melakukan aksi terbaik membenam Bayern untuk meraih sisa peluang mara dalam saingan Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI